Is love still in the air?Ok, Kali ini aku try menulis dalam bahasa ibunda dan mungkin tercemar sedikit dengan bahasa slanga dan campuran. Tapi takpelah, target audien post kali ini mungkin kecik dan memang faham aku tulis.
Begini ceritanya, macam biasa bila aku boring dan sangap aku akan surfing kat internet. Salah satu laman yang aku selalu layari adalah sebuah imageboard. Kat situ, user boleh post gambar secara bebas dan anonymous dan user lain reply pun secara anonymous. Memang menarik sebab banyak gambar yang mereka post adalah benda yang luar biasa dan kadang2 reply yang mereka beri agak mencabar minda walaupun pendek,gila dan sinis.
Bila aku kata bebas dan anonymous mesti korang yang sedar boleh agak apa yang mereka letak lebih-lebih lagi pada ketika ini.Gambar karikatur Rasulullah SAW yang dilukis secara tidak benar dan menyakitkan hati. Mungkin pada mereka gambar tersebut adalah lucu. Tapi mungkin yang lucu itu adalah isu yang timbul daripada gambar tersebut?.
(Edit [04/03/2006]: nampaknya dah takde lagi dah gambar tu kat imageboard tersebut. Benda tu hanya bermusim nampaknya.. jelas, mereka cuma main-main).Pelik, tapi gambar tu dah muncul sejak bulan 9 tahun lalu cuma tidak meluas sahaja. Malahan sebulan selepas itu, sebuah akhbar kat mesir dah siarkan gambar tersebut. Sebuah akhbar di sebuah negara Islam, takde heboh-heboh pun. Tiba-tiba pulak hanya baru-baru ni je satu dunia kecoh. Dan 'terima kasih' kepada tukang yang kepoh itu, tersebarlah keaiban tersebut ke serata dunia. Nanti dulu, kepelikan tu masih ada. Kenapa baru sekarang? Apakah agenda si kepoh itu bertepatan dgn masa yg dia pilih?
Gambar itu memang dari segi logik akalnya berunsurkan provokasi. Mungkin tak mengapa jika mereka melukis gambar Rasulullah s.a.w kerana mereka jahil. Mungkin mereka ingin merendah-rendahkan agama Islam. Tapi benda tu biasa bagi kebanyakan penganut mana-mana agama untuk cenderung mengejek agama lain. Tapi jelas dalam hal ini mereka membuat tuduhan palsu dgn mengaitkan Rasulullah dengan terorism dan menggambarkannya dengan muka yang ganas seolah2 baginda adalah pengasan terorism. Mereka mengatakan ianya cuma satira. Setiap satira perlu ada relevannya. Nabi Muhammad dan keganasan adalah tak relevan! Kedua-duanya adalah sesuatu yang 'mutually exclusive'.
Pelbagai reaksi dari umat Islam dapat kita lihat akibat dari perkara ini. Ada yang temper super saiyaman level 9, ada yang cool je tapi semuanya membantah keras, menyampah gila terhadap akhbar2 yang menyiarkan gambar2 tersebut. Ada member aku sorang, dia ni pak arab, so suaranya lebih lantanglah berbanding member2 muslim malaya kat sini. Katanya "Let's ban any product from danish!". Aku rasa dia ni aritu minat Nora Danish ..hrmm tu lain cerita la kot..huhu..memang pun. Biar aku komen pasal pemulauan barang dari Denmark ni. Walaupun tindakan ini adalah suatu generalization dan tak adil bagi rakyat Denmark yang tak terlibat dalam isu ni, aku tetap sokong. Sokong jika ianya dilakukan dalam masa yang dihadkan. Bukan apa, rakyat Denmark adalah tunggak bagi kerajaan mereka dan kerajaan bertanggungjawab serta mempunyai kuasa untuk mengawal rakyat. Mereka patut diberi tekanan sebagai pengajaran dan ingatan.
Begitu juga dengan perarakan serta demonstrasi. Tapi jangan la sampai kena bakar kedutaan tu, melampau tu.. buatnya ada orang dalam tu bukannya boleh dimakan. Kalau kambing sedap gak. Contohilah rakyat Malaysia, rilek je .. ramai-ramai jalan, buat muka ganas, ramai2 satu suara gertak.. tapi semua terkawal.
Walaubagaimanapun, kita umat islam satu suara membantah dan membenci perihal ini.. pernah tak terfikir kenapa kita menyirap darah dan kenapa kita terasa nak melawan balik musuh islam ini?.. Aku ada 4 teori yang akan aku kemukakan sebagai soalan. So sendiri jawab,mkay!.
Satu, adakah kerana kita terhina kerana imej islam mereka cemarkan? Kedua, adakah kerana dendam dan mereka patut merima balasan? Tiga, adakah sesaje je ikut2 .. taklid je...
Fikir saudara.. kategori mana yg korang tergolong.
Oraito .. teori terakhir .. Adakah semua itu lahir semata-mata kerana cintanya kita kepada Rasulullah SAW?