Issit the Love?
Ok, Kali ini aku try menulis dalam bahasa ibunda dan mungkin tercemar sedikit dengan bahasa slanga dan campuran. Tapi takpelah, target audien post kali ini mungkin kecik dan memang faham aku tulis.
Begini ceritanya, macam biasa bila aku boring dan sangap aku akan surfing kat internet. Salah satu laman yang aku selalu layari adalah sebuah imageboard. Kat situ, user boleh post gambar secara bebas dan anonymous dan user lain reply pun secara anonymous. Memang menarik sebab banyak gambar yang mereka post adalah benda yang luar biasa dan kadang2 reply yang mereka beri agak mencabar minda walaupun pendek,gila dan sinis.
Bila aku kata bebas dan anonymous mesti korang yang sedar boleh agak apa yang mereka letak lebih-lebih lagi pada ketika ini.Gambar karikatur Rasulullah SAW yang dilukis secara tidak benar dan menyakitkan hati. Mungkin pada mereka gambar tersebut adalah lucu. Tapi mungkin yang lucu itu adalah isu yang timbul daripada gambar tersebut?. (Edit [04/03/2006]: nampaknya dah takde lagi dah gambar tu kat imageboard tersebut. Benda tu hanya bermusim nampaknya.. jelas, mereka cuma main-main).
Pelik, tapi gambar tu dah muncul sejak bulan 9 tahun lalu cuma tidak meluas sahaja. Malahan sebulan selepas itu, sebuah akhbar kat mesir dah siarkan gambar tersebut. Sebuah akhbar di sebuah negara Islam, takde heboh-heboh pun. Tiba-tiba pulak hanya baru-baru ni je satu dunia kecoh. Dan 'terima kasih' kepada tukang yang kepoh itu, tersebarlah keaiban tersebut ke serata dunia. Nanti dulu, kepelikan tu masih ada. Kenapa baru sekarang? Apakah agenda si kepoh itu bertepatan dgn masa yg dia pilih?
Gambar itu memang dari segi logik akalnya berunsurkan provokasi. Mungkin tak mengapa jika mereka melukis gambar Rasulullah s.a.w kerana mereka jahil. Mungkin mereka ingin merendah-rendahkan agama Islam. Tapi benda tu biasa bagi kebanyakan penganut mana-mana agama untuk cenderung mengejek agama lain. Tapi jelas dalam hal ini mereka membuat tuduhan palsu dgn mengaitkan Rasulullah dengan terorism dan menggambarkannya dengan muka yang ganas seolah2 baginda adalah pengasan terorism. Mereka mengatakan ianya cuma satira. Setiap satira perlu ada relevannya. Nabi Muhammad dan keganasan adalah tak relevan! Kedua-duanya adalah sesuatu yang 'mutually exclusive'.
Pelbagai reaksi dari umat Islam dapat kita lihat akibat dari perkara ini. Ada yang temper super saiyaman level 9, ada yang cool je tapi semuanya membantah keras, menyampah gila terhadap akhbar2 yang menyiarkan gambar2 tersebut. Ada member aku sorang, dia ni pak arab, so suaranya lebih lantanglah berbanding member2 muslim malaya kat sini. Katanya "Let's ban any product from danish!". Aku rasa dia ni aritu minat Nora Danish ..hrmm tu lain cerita la kot..huhu..memang pun. Biar aku komen pasal pemulauan barang dari Denmark ni. Walaupun tindakan ini adalah suatu generalization dan tak adil bagi rakyat Denmark yang tak terlibat dalam isu ni, aku tetap sokong. Sokong jika ianya dilakukan dalam masa yang dihadkan. Bukan apa, rakyat Denmark adalah tunggak bagi kerajaan mereka dan kerajaan bertanggungjawab serta mempunyai kuasa untuk mengawal rakyat. Mereka patut diberi tekanan sebagai pengajaran dan ingatan.
Begitu juga dengan perarakan serta demonstrasi. Tapi jangan la sampai kena bakar kedutaan tu, melampau tu.. buatnya ada orang dalam tu bukannya boleh dimakan. Kalau kambing sedap gak. Contohilah rakyat Malaysia, rilek je .. ramai-ramai jalan, buat muka ganas, ramai2 satu suara gertak.. tapi semua terkawal.
Walaubagaimanapun, kita umat islam satu suara membantah dan membenci perihal ini.. pernah tak terfikir kenapa kita menyirap darah dan kenapa kita terasa nak melawan balik musuh islam ini?.. Aku ada 4 teori yang akan aku kemukakan sebagai soalan. So sendiri jawab,mkay!.
Satu, adakah kerana kita terhina kerana imej islam mereka cemarkan? Kedua, adakah kerana dendam dan mereka patut merima balasan? Tiga, adakah sesaje je ikut2 .. taklid je...
Fikir saudara.. kategori mana yg korang tergolong.
Oraito .. teori terakhir .. Adakah semua itu lahir semata-mata kerana cintanya kita kepada Rasulullah SAW?

3 Comments:
kah kah kah aku tak tahu ko ada blog.
anyway untuk reply, diorang marah kerana benci
bukan marah kerana sayang. aku nak post pon panjang lak nanti. kalo nak aku emelkan. kalo blom kene delete lol
huhu .. ayiez ka ni?.. aku tak penah bagi kat orang pun address blog aku.. itu pasal la .. haha
marah+benci == setan .. so selama ni diorg utamakan setan dari Rasulullah la ni?..
apa ko nak email tu? ..kang aku ym ko
Okeh, aku pastekan apa yg encik skinnydood bagi kat aku. Bertepatan jugak dgn apa yg aku post. Source dia kitorang tak tau. Sapa tau bagitau la ek.
Marah kerana cinta, bukan kerana benci
Saya masih ingat sikap `unik' (aneh) sesetengah orang-orang tua kampung dulu-dulu. Ruang di bawah rumah mereka selalunya diperuntukkan untuk meletakkan barang usang yang `kurang' atau tidak perlu. Selalunya botol-botol, tin-tin atau papan-papan buruk. Entah kenapa semua itu tidak dibuang. Hanya di letakkan begitu sahaja. Diguna tidak, dibuang pun tidak. Peliknya, apabila barang-barang `antik' itu hendak diambil oleh orang lain, cepat-cepat pula mereka melarangnya. Tak boleh nak guna, sayang, dan macam-macam alasan.
Itulah sebuah analogi yang terlintas di fikiran bila saya ditanya tentang kemarahan umat Islam terhadap penyiaran karikatur menghina nabi Muhammad s.a.w oleh akhbar-akhbar Eropah khususnya Denmark.
"Encik tidak marah?" tanya seorang siswa sehabis sahaja majlis diskusi tentang topik berkenaan.
"Marah," akui saya perlahan.
"Tak cukup begitu sahaja. Esok kita berarak, bakar bendera Denmark!" Saya senyum.
"Kita ada cara yang lebih baik. Ada senjata yang lebih hebat. Doa," balas saya.
"Kita kena tunjuk kemarahan kepada mereka yang menghina Rasul."
"Menunjukkan kecintaan kepada Rasul lebih utama."
"Marah itulah tanda kecintaan kita"
"Betul. Tetapi membuktikan kecintaan dengan mengamalkan sunnahnya jauh lebih utama."
"Encik takut?"
Saya renung matanya.
"Mengamalkan sunnah Rasul memerlukan lebih keberanian Tentangannya lebih hebat. Bahkan daripada orang Islam sendiri," tusuk saya perlahan.
"Kita bakar bendera mereka!"
"Kita `bakar' cara hidup mereka. Itu lebih relevan."
Giliran dia pula yang diam. Mungkin siswa yang `terbakar' ini mula mengunyah maksud kiasan saya.
Lalu saya ceritakan analogi awal tadi. Alhamdulillah, dia mendengar teliti.
"Kita dengan sunnah, seperti orang tua-tua dahulu dengan barang-barang usang di bawah rumah. Nak digunakan tidak, nak dijunjung jauh sekali, tetapi bila ada orang lain nak mengambilnya, barulah heboh konon nak digunakan."
"Bagaimana kita hendak tunjukkan perasaan marah?"
"Demontrasi depan manusia. Depan Allah, kita berdoa.
Kita muhasabah, sejauh mana kecintaan kita kepada Rasul-Nya. Mungkin provokasi Barat membawa pengajaran tersirat."
"Pengajaran tersirat?"
"Ya, tersirat dari Allah agar kita menilai semula benar-benarkah kita mencintai sunnah Rasul-Nya selama ini."
"Kemarahan ummah inilah buktinya," ujarnya bersemangat.
"Kemarahan cuma bermusim. Hanya luapan sentimen berkala. Namun kegigihan, kebijaksanaan, perancangan dan ketabahan jangka panjang amat
perlu."
"Maksud encik?"
Jelas dia terpancing dengan kilasan dan kiasan kata-kata.
"Jangka panjang, sudahkah kita mendidik generasi muda mencintai Rasul dan keluarganya? Saya risau generasi muda yang mabuk hedonisme kini tidak akan punya kemarahan yang sama seperti yang saudara alami."
"Saya ada kawan-kawan sebaya yang hidupnya lintang pukang, tapi masih marah bila Rasulullullah dipersendakan. Mereka akan turut berarak esok!"
"Hidup lintang-pukang? Macam mana tu?" tanya saya minta kepastian.
"Rock habis. Sembahyang tidak. Bergaul bebas biasalah tapi cinta mereka terhadap Rasul tak luntur."
"Ajak mereka sembahyang dulu. Tak berarak pun tak apa.
Cinta dulu, marah kemudian. Bila ada cinta, pasti ada marah bila kecintaan dicela. Tapi kalau marah saja, belum tentu ada cinta "
Dia diam lagi. Kali ini diamnya lebih panjang.
"Agaknya orang tua tu marah tak kalau kita ambil barang-barang berharga di atas rumah?" tanyanya tiba-tiba.
"Orang tua mana?" tanya saya semula. Hairan.
"Orang tua dalam analogi encik tadi itulah!"
"Soalan tu kurang umph," gurau saya.
"Habis soalan apa yang umph?"
"Agaknya orang berani tak hendak minta barang di atas rumah? Berbanding barang usang di bawah rumah?" balas saya.
Termenung lagi dia. Seronok rasanya `membimbing' siswa ini berfikir.
Terimbau luapan semangat saya sewaktu di kampus dulu. Beginilah pola berfikir saya. .
Tiba-tiba dia bersuara, "tentu tak berani, kerana barang di atas rumah tentu lebih berharga."
"Begitulah sunnah, jika dihayati, diamalkan dan diperjuangkan. Ia nampak sangat berharga di tangan pencintanya. Musuh tak kan berani mengusiknya, apalagi nak menghinanya"
"Encik ni, tak sangka ke situ pula kiasannya."
"Kita orang Islam mesti menghormati diri sendiri terlebih dahulu, barulah orang lain akan menghargai kita. Justeru, jika kita marahkan musuh yang mengecam Rasul, marahkanlah juga diri kita yang tidak benar-benar mencintainya!"
"Dan bukti cinta amalkan sunnah Rasul. Itulah cara paling berkesan mempamerkan `kemarahan' kepada musuh-musuh yang menghinanya."
Alhamdulillah, saya yakin, kini marahnya kerana cinta bukan kerana benci. Dominasi cintakan Rasul bukan emosi bencikan musuhnya!
Pada aku, protes tetap protes.. tunjukkan suara umat islam .. tapi bukan kerana dendam dan hasad. Tapi kerana sayang kita kepada Baginda, mkay!.
Post a Comment
<< Home